Home | About FPMPAM | FPMPAM Committee | From The President | In The News | Events | Outreach Programmes | Newsletter | Affiliates
2014 Federation of Private Medical Practitioners’ Associations, Malaysia
19 June 2016
Psoriasis kelihatan seperti penyakit kulit tetapi ia sebenarnya adalah penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami oleh kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara umumnya di Malaysia. Ia juga boleh dialami oleh semua orang tidak kira dewasa atau kanak-kanak.
Punca psoriasis tidak diketahui punca sepenuhnya tetapi kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar turut memainkan peranan.
Penyakit ini dikatakan berkaitan dengan masalah sistem imun yang berhubung rapat dengan sel badan di mana pertumbuhan sel kulit berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa sehingga terkumpul dengan pantas di atas kulit.
Sel kulit tambahan kemudian akan membentuk sisik berwarna perak yang tebal dalam tompokan merah yang gatal, kering dan menyakitkan. Lebih malang apabila dianggarkan sehingg 30 peratus penghidap psoriasis mengalami artritis psoriatik di mana pesakit mengalami kesakitan, kekakuan dan bengkak pada sendi.
Nisbah kecenderungan boleh diserang penyakit berkenaan bagi kedua-dua lelaki dan perempuan adalah sama.
Penghidap artritis psoriatik bukan saja dibelenggu masalah bengkak dan sakit tetapi juga mengalami beban emosi seperti tekanan dan kebimbangan yang mempengaruhi tahap fungsi seseorang dalam aktiviti harian dan juga kualiti kehidupan mereka.
Biasanya pesakit akan mengalami gatal yang teruk dan kulit cedera akibat digaru. Ada ketikanya pesakit perlu mengikis kulit mati di badan dan berendam dalam air suam untuk melegakan kegatalan dan sakit pada kulit.
Akhirnya psoriasis dan artritis psoriatik memberikan kesan yang ketara terhadap kesihatan fizikal dan emosi pesakit. Ini bukan saja menjejaskan kualiti kehidupan tetapi juga menjejaskan keyakinan penghidap.
Keberkesanan
Kini penghidap psoriasis dan artritis psoriatik boleh hidup dengan lebih selesa ekoran pelancaran ubat baru iaitu Cosentyx.
Ubat ini adalah produk biologik, iaitu protein binaan daripada gen manusia yang direka khas untuk mengekang komponen khusus sistem imun yang memainkan peranan penting mencetuskan keradangan.
Ubat ini telah diluluskan oleh FDA dan EC untuk psoriasis dan artritis dan psoriatik sederhana sehingga serius. Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia bagi pengurusan psoriasis vulgaris menerangkan bahawa pesakit di negara ini menerima rawatan suboptimum disebabkan ubat yang tidak berkesan atau hilang keberkesanannya.
Hasil rawatan kurang baik dan kos penjagaan kesihatan lebih tinggi juga menyumbang kepada pengurusan penyakit yang kurang memuaskan.
Pelancaran Cosentyx merapatkan jurang keperluan rawatan yang belum dipenuhi di negara ini menerusi hasil rawatan yang lebih baik bagi pesakit.
Indeks Kawasan dan Keterukan Psoriasis (PASI) adalah alat ukuran yang sering digunakan untuk mengukur hasil dalam ujian klinikal psoriasis memandangkan ia mengukur kemerahan, sisik dan ketebalan plak psoriatik dan setakat keluasan badan yang terlibat.
Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Corporation (M) Sdn. Bhd., Michaela Dinboeck berkata, kebanyakan penghidap psoriasis dan artritis psoriatik mungkin tidak diterima masyarakat dan menghadapi masalah mencari kerja kerana keadaan kulit, kesakitan dan kelesuan yang menjejaskan aktiviti harian.
Pesakit psoriasis sering dipinggirkan kerana kecacatan kulit yang nyata dan salah tanggapan bahawa masalah ini boleh berjangkit. Keadaan ini membebankan pesakit, memberikan kesan emosi dan menjejaskan kualiti kehidupan.
"Kini Cosentryx terdapat di Malaysia dan merupakan ubat yang bukan saja meningkatkan kawalan terhadap psoriasis dan artritis psoriastik tetapi juga meningkatkan hasil rawatan yang boleh diharapkan oleh pesakit. Ia juga didapati meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan membolehkan pemulihan kulit dan penambahbaikan sendi yang lebih ketara. - KHAIRUNNISA SULAIMAN
Originally published in .utusan.com.my
http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/rawatan-untuk-psoriasis-1.344487
5th FPMPAM ASC
Details >>
FPMPAM / AMAM Joint ASM 2023
Details >>
JA Assure Partners FPMPAM To Offer Professional Indemnity Insurance Platform To All Medical Professionals Of FPMPAM
Details >>
Covid Fight: Private docs played key role
Details >>
BIOLOGIC ADVISORY GROUP MY: Consensus Guidelines in Usage of Biologics in Dermatology during Covid-19 Pandemic
Details >>
MOH Circular - Quarantine Process for General Practitioners
Details >>
Handbook of 2019-nCoV Pneumonia Control and Prevention
Details >>
Edaran Kemaskini Guidelines on 2019 Novel Coronavirus Management in Malaysia
Details >>
Implementation of Data Breach Notification
Details >>
Guidelines on Continuing Professional Development (CPD) for Medical Practitioners In Malaysia
Download >>
Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>
Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>
Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Term Sheet
Click here >>
Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Terms of Reference
Click here >>
National Pharmaceutical Regulatory Agency
Click here >>
NPRA: Reporting medicinal problems
Click here >>
Makluman Kontraindikasi Penggunaan Ubat Yang Mengandungi Codeine Untuk Kanak-Kanak Beumur Bawah 12 Tahun Dan Ibu Yang Menyusu Susulan Risiko Respiratory Depression
Click here >>
Peringatan: Langkah-Langkah Pengurangan Risiko Bagi Kesan Advers Kulit Tang Serius Susulan Penggunaan Allopurinol
Click here >>
VALPROATE
Guide for HCP >>
Patient Information >>
Sodium Valproate (Guide for HCP) >>
NDST Report 2011
Click here >>
Garis Panduan Pemantauan Keselamatan Produk ESAs dan Pelaporan Kesan Advers PRCA
Click here >>
Report On Suspected Adverse Drug Reactions
Click here >>
MADRAC Newsletter Vol 26 Issue 2 / 2018
Read >>
MADRAC KE 146 - Traditional Medicine found Adulterated
Read >>
BPFK website: Cancellation of Registered Traditional Products / Notified Cosmetics
Read >>
Pharmacy Services Division: List of Adulterated Products
Read >>
Pharmacy Services Division: Press Releases
Read >>