Perangi dadah secara perubatan

3 June 2014

 

Menurut Kementerian Kesihatan, dianggarkan terdapat antara 400,000 hingga 800,000 pengguna dadah di negara ini, iaitu sebanyak 170,000 daripada mereka adalah pengguna dadah suntikan (IDU).

Penggunaan dadah jenis IDU ini membawa pelbagai jenis masalah sosial, ekonomi dan juga yang berkaitan dengan kesihatan seperti HIV dan Hepatitis C, akibat daripada amalan perkongsian jarum.

Kajian daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AAK) melaporkan, secara purata terdapat 397 penagih dadah baru dan 258 kes berulang penagihan dadah setiap bulan pada tahun 2013.

Laporan ini juga menunjukkan bahawa belia Malaysia yang berumur di bawah 30 tahun mewakili 69 peratus daripada jumlah penagih dadah di negara ini dari Januari hingga November tahun lepas.

Institut Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan mentakrifkan penagihan dadah sebagai keadaan perubatan kronik berulang.

Penyalahgunaan dadah secara berterusan akan menyebabkan perubahan jangka masa panjang kepada struktur otak dan fungsi, yang akhirnya mencetuskan keinginan dadah yang kuat.

Oleh sebab itu, penggunaan ubat-ubatan diperlukan untuk mengawal ketagihan dan kejayaan pemulihan dan integrasi semula.

Presiden Persatuan Perubatan Penagihan Malaysia, Dr. Steven Chow, berkata, terdapat rawatan bantuan perubatan (MAT) yang berkesan untuk membantu pesakit menangani kesan kemusnahan yang kuat akibat ketagihan.

"Kajian menunjukkan bahawa MAT dan terapi tingkah laku yang diusahakan awal-awal lagi memberi peluang yang terbaik kepada pesakit untuk pulih dan akhirnya berjaya membebaskan diri daripada dadah.

"Penagihan dadah sering dilihat sebagai satu kelemahan masyarakat, tingkah laku atau moral yang tidak diingini, yang perlu dihukum.

"Begitupun, keadaan ini sebenarnya boleh diperbaiki melalui kaedah rawatan perubatan," katanya.

Tambah Dr. Steven lagi, pakar kini menganggap penagihan dadah sebagaimana keadaan penyakit kronik lain seperti diabetes mellitus atau penyakit darah tinggi, di mana rawatan jangka panjang diperlukan untuk mengekalkan status bebas penyakit serta untuk mengelakkan komplikasi.

Katanya, konsep yang sama juga dipakai dalam rawatan pergantungan terhadap dadah.

"Penyelidikan telah menunjukkan bahawa secara amnya orang mengambil dadah kerana mahu berasa lebih tenang dalam usaha untuk menangani masalah atau situasi yang sukar, termasuk tekanan, trauma dan gejala gangguan mental.

"Stigma yang dikaitkan dengan penagihan dadah telah menghalang ramai pesakit ‘tersembunyi’ ini untuk mendapatkan rawatan.

"Adalah penting untuk lebih memperbanyakkan program kesedaran dan pendidikan awam perlu diteruskan dengan bersungguh-sungguh untuk menjana kefahaman yang lebih mengenai dadah sebagai satu penyakit kronik berulang yang boleh dirawat secara perubatan," ujarnya.

Beliau juga mengakui, kaedah MAT merupakan suatu pendekatan bersepadu yang dilihat berkesan membantu pesakit membebaskan diri daripada dadah.

"Penggunaan MAT telah menunjukkan hasil yang positif dalam pengurusan pengguna dadah. Seramai 52,080 pesakit telah dilaporkan menjalani MAT sama ada di pusat-pusat perubatan kerajaan mahupun swasta sehingga Disember 2012.

"Menurut suatu kajian yang dibentangkan oleh Persatuan Antarabangsa Perubatan Ketagihan pada tahun 2011, rawatan jangka masa panjang seperti MAT meningkatkan peluang pesakit untuk pulih daripada ketagihan dadah.

"Di Malaysia MAT yang menggunakan buprenorphine-naloxone telah terbukti berjaya dalam merawat ketagihan dadah dan telah terbukti mempunyai kadar kekal lebih 80 peratus dengan pengawasan perubatan melalui kaedah pemulihan fisiologi, psikologi dan emosi," katanya.

Dalam pada itu, bagi membincangkan kemajuan terkini dalam bidang perubatan ketagihan, satu persidangan Kebangsaan mengenai Perubatan Ketagihan (NatCAM) telah mengumpulkan pakar tempatan dan antarabangsa dan pakar ketagihan.

NatCAM bertujuan meningkatkan pembangunan khusus perubatan ketagihan dan menggalakkan lagi pembangunan rawatan berasaskan komuniti untuk penagihan dadah.

 


Artikel Penuh:
http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20140603/kn_01/Perangi-dadah-secara-perubatan#ixzz365QP6EBz
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Go Back

 

Events

16-17 Sept 2023
5th FPMPAM ASC
Details >>

30 Apr & 1 May 2023
FPMPAM / AMAM Joint ASM 2023
Details >>


Updates

27 Oct 2022
JA Assure Partners FPMPAM To Offer Professional Indemnity Insurance Platform To All Medical Professionals Of FPMPAM
Details >>

 

12 Oct 2022
Covid Fight: Private docs played key role
Details >>

 

17 Nov 2020
BIOLOGIC ADVISORY GROUP MY: Consensus Guidelines in Usage of Biologics in Dermatology during Covid-19 Pandemic
Details >>

30 Jun 2020
MOH Circular - Quarantine Process for General Practitioners
Details >>

 

31 Jan 2020
Handbook of 2019-nCoV Pneumonia Control and Prevention
Details >>

 

31 Jan 2020
Edaran Kemaskini Guidelines on 2019 Novel Coronavirus Management in Malaysia
Details >>

 

12 Aug 2018
Implementation of Data Breach Notification
Details >>

25 April 2018
Guidelines on Continuing Professional Development (CPD) for Medical Practitioners In Malaysia
Download >>

8 Mar 2018
Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>

 

Latest Newsletter


go to newsletter section

 

 

Resources / Links

Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>

 

Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Term Sheet
Click here >>

 

Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Terms of Reference
Click here >>

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency
Click here >>

 

NPRA: Reporting medicinal problems
Click here >>

 

Makluman Kontraindikasi Penggunaan Ubat Yang Mengandungi Codeine Untuk Kanak-Kanak Beumur Bawah 12 Tahun Dan Ibu Yang Menyusu Susulan Risiko Respiratory Depression
Click here >>

 

Peringatan: Langkah-Langkah Pengurangan Risiko Bagi Kesan Advers Kulit Tang Serius Susulan Penggunaan Allopurinol
Click here >>

 

VALPROATE
Guide for HCP >>
Patient Information >>
Sodium Valproate (Guide for HCP) >>

 

NDST Report 2011
Click here >>

 

Garis Panduan Pemantauan Keselamatan Produk ESAs dan Pelaporan Kesan Advers PRCA
Click here >>

 

Report On Suspected Adverse Drug Reactions
Click here >>

 

MADRAC Newsletter Vol 26 Issue 2 / 2018
Read >>

 

MADRAC KE 146 - Traditional Medicine found Adulterated
Read >>

BPFK website: Cancellation of Registered Traditional Products / Notified Cosmetics
Read >>


Pharmacy Services Division: List of Adulterated Products
Read >>

 

Pharmacy Services Division: Press Releases
Read >>