Welcome to FPMPAM

Anggap bukan penyakit kronik


Hajahfarhana Tarmudi
6 June 2016

 

Apa reaksi kita apabila melihat ada individu yang berhampiran mempunyai kesan merah dan kulit bersisik serta bertompok?

Pastinya kita cuba menjauhkan diri kerana beranggapan ia boleh menyebabkan jangkitan kepada diri sendiri. Itulah yang dialami sesetengah pesakit psoriasis hingga mengubah kehidupan dan mengganggu aktiviti fizikal mereka.

Mereka berasa malu dan kurang yakin apabila berhadapan orang ramai. Pada masa sama, mereka cuba mengelak mengenakan pakaian atau aktiviti digemari kerana berasa malu dengan keadaan diri.

Psoriasis bukan sekadar sejenis penyakit kulit, tetapi ia penyakit kronik gangguan autoimun yang dialami kira-kira satu hingga tiga peratus daripada penduduk secara umumnya di negara ini.

Kenali psoriasis

Menurut pakar perunding kanan dermatologi Dr Steven Chow, semua orang boleh mengalami masalah ini tanpa mengira bangsa, usia dan jantina.

"Hanya 20 peratus pesakit mempunyai ahli keluarga yang menghidapi masalah psoriasis. Namun, perkara yang menjadi masalah membimbangkan apabila pesakit tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

"Ramai pesakit yang gemar melakukan rawatan sendiri berbanding mendapatkan nasihat dengan doktor pakar kerana menganggap ia bukan masalah yang kronik.

"Apabila masalah yang dihadapi bertambah teruk dan letih untuk berdepan situasi derita itu, barulah pesakit mahu berjumpa dengan doktor," katanya.

Ujarnya, psoriasis ialah penyakit kulit yang kronik dan tidak berjangkit. Ia dikaitkan dengan masalah sistem imun yang berhubung kait dengan sel badan.

Pertumbuhan sel kulit boleh berlaku pada kadar abnormal yang luar biasa hingga menyebabkan kulit pesakit boleh menebal dengan cepat daripada kulit yang normal.

Kawasan yang biasa dihidapi ialah di depan kulit kepala, muka, tangan, kuku dan kemaluan. Punca psoriasis tidak diketahui sepenuhnya, namun ia mempunyai kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar turut memainkan peranan.

"Pesakit boleh menghadapi masalah ini dalam tempoh 10 tahun, 20 tahun atau sepanjang hayat, bergantung tahap kronik serta kaedah rawatan yang digunakan.

"Ada banyak jenis psoriasis dan masalah yang paling lazim ialah psoriasis bertompok. Kanak-kanak biasanya menghadapi masalah jenis guttate psoriasis.

"Jenis teruk yang memerlukan rawatan di hospital dipanggil erythrodermic psoriasis manakala jenis pustular ialah bentuk psoriasis yang sangat teruk hingga boleh menyebabkan bernanah dan menimbulkan kesakitan," katanya.

Ujarnya, selain rawatan, amalan gaya hidup sihat termasuk diet seimbang, bersenam dan tidur mencukupi juga banyak membantu mengatasi masalah berkenaan.

Artritis psoriatik

Psoriasis boleh menyebabkan artritis yang dikenali sebagai artritis psoriatik. Dianggarkan sehingga 30 peratus penghidap psoriasis mengalami artritis psoriatik (PsA), satu keadaan pesakit mengalami kesakitan, kaku dan bengkak pada sendi.

Jelas pakar runding reumatologi dan Presiden Yayasan Artritis Malaysia Profesor Madya Dr Sargunan Sockalingam, sendi yang biasanya terbabit ialah hujung jari tangan atau kaki, bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki.

"Penghidap artritis psoriatik bukan saja dibelenggu masalah bengkak dan sakit saja tetapi mengalami beban emosi seperti tekanan serta kebimbangan.

"Masalah ini boleh mempengaruhi aktiviti harian pesakit yang bukan saja menjejaskan kualiti hidup malah menjejaskan keyakinan penghidap," katanya.

Ujarnya, artritis psoriatik boleh berlaku tanpa mengira waktu sama ada dalam kalangan kanak-kanak ataupun orang dewasa, namun ia banyak berlaku pada individu dalam lingkungan usia 30 hingga 50 tahun.

Perkara yang membimbangkan, kira-kira 50 peratus pesakit dengan PsA mengalami hakisan sendi dalam tempoh dua tahun.

Gejala masalah berkenaan boleh dilihat menerusi perubahan pada kuku, enthesitis, tompok psoriasis, tulang jari membengkak atau membengkok (dactylitis), keradangan iris dan badan siliari pada mata (uveitis) serta pergerakan spina.

Memang ia menyakitkan dan disebabkan itu kualiti hidup pesakit juga boleh terjejas jika tidak ditangani dengan segera.

Sindrom psoriatik bukan saja boleh menyebabkan bahagian yang terbabit mengalami kesakitan dan lemah, ia juga mengganggu kesihatan emosi pesakit kerana cenderung mengalami kemurungan dan kebimbangan melampau.

Kaedah rawatan terkini

Garis Panduan Amalan Klinikal Malaysia bagi Pengurusan Psoriasis Vulgaris menjelaskan, pesakit Malaysia menerima rawatan suboptimum disebabkan ubat yang tidak berkesan atau hilang keberkesanannya.

Hasil rawatan yang kurang baik dan kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi turut menyumbang kepada pengurusan penyakit yang kurang memuaskan.

Presiden dan Pengarah Urusan Novartis Corporation (M) Sdn Bhd Michaela Dinboeck berkata, kebanyakan penghidap penyakit ini kurang diterima masyarakat dan menghadapi kesukaran dalam hidup.

"Kesukaran mencari pekerjaan disebabkan masalah kulit, kesakitan dan kelesuan, tentunya menjejaskan aktiviti harian mereka.

"Mereka sering dipinggirkan kerana keadaan kulit yang dianggap 'menjijikkan' disebabkan salah tanggapan penyakit berkenaan mudah berjangkit sedangkan realitinya, tidak.

"Justeru, kami mahu membantu pesakit dengan rawatan untuk memperbaiki kualiti kehidupan mereka menjadi lebih baik," katanya.

Ujarnya, rawatan baru itu yang kini terdapat di negara ini dicipta untuk mengubah terapi ubat antireumatik tidak mencukupi bagi membantu meningkatkan kawalan terhadap gejala dihadapi.

Pada masa sama, ia juga membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit dan membolehkan pemulihan kulit serta menambah baik kesakitan sendi yang lebih ketara.

Cosentyx (secukinumab), sejenis produk biologi iaitu protein binaan genetik daripada gen manusia direka khas untuk membantu mengekang kompenan khusus sistem imun yang memainkan peranan dalam mencetus keradangan.

Rawatan yang lebih baik untuk pesakit psoriasis dan artritis psoriatik sederhana hingga serius itu membantu mengurangkan gejala atau kesakitan yang dihadapi.


Originally published in hmetro.com.my
http://www.hmetro.com.my/node/143038# /

 

Go Back

Latest Updates

12 Aug 2018
Implementation of Data Breach Notification
Details >>

15-16 Sep 2018
2nd FPMPAM / IPH Annual Convention incorporating 1st FPMPAM Malaysian Healthcare Conference
Flyer >>

15-16 Sep 2018

1st FPMPAM Malaysian Healthcare Conference
Flyer >>

25 April 2018

Guidelines on Continuing Professional Development (CPD) for Medical Practitioners In Malaysia
Download >>

8 Mar 2018
Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>


Recent Events

12 Aug 2018
Cardiothoracic Surgery & The General Practitioner
Flyer >>

 

15 April 2018
Medico-Legal Forum on "Medical Manslaughter - Aftershocks from Bawa Garba 2018".
Flyer >>

 

Date: 25 Nov 2017
Insight Into Clinical Radiology
Details

 

Date: 8 Oct 2017
Doctors' Day Celebration 2017
Details

 

Date: 16 & 17 Sep 2017
1st FPMPAM/IPH Annual Scientific Convention
Announcement || Souvenir Programme

 

Date: 8 & 9 Sep 2017
Nursing Conference 7.0 / Training Course for Clinic Personnel 9.0
Full details || Report

 

Latest Newsletter


go to newsletter section

 

Latest newsletter of Perak Medical Practitioners' Society
Click here >>

 

 

Resources / Links

Specialist Medical Practitioners Continuing Professional Development (CPD) Policies and Guidelines
Read >>

 

Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Term Sheet
Click here >>

 

Joint Integrated Healthcare Committee (JIHC) Terms of Reference
Click here >>

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency
Click here >>

 

NPRA: Reporting medicinal problems
Click here >>

 

Makluman Kontraindikasi Penggunaan Ubat Yang Mengandungi Codeine Untuk Kanak-Kanak Beumur Bawah 12 Tahun Dan Ibu Yang Menyusu Susulan Risiko Respiratory Depression
Click here >>

 

Peringatan: Langkah-Langkah Pengurangan Risiko Bagi Kesan Advers Kulit Tang Serius Susulan Penggunaan Allopurinol
Click here >>

 

VALPROATE
Guide for HCP >>
Patient Information >>
Sodium Valproate (Guide for HCP) >>

 

NDST Report 2011
Click here >>

 

Garis Panduan Pemantauan Keselamatan Produk ESAs dan Pelaporan Kesan Advers PRCA
Click here >>

 

Report On Suspected Adverse Drug Reactions
Click here >>

 

MADRAC KE 146 - Traditional Medicine found Adulterated
Read >>

BPFK website: Cancellation of Registered Traditional Products / Notified Cosmetics
Read >>


Pharmacy Services Division: List of Adulterated Products
Read >>

 

Pharmacy Services Division: Press Releases
Read >>